Coretan Hidup
Mencoretkan kisa sering hidup ulat buku yang sering dipandang rendah dalam bidang sukan....
Reader Search
Thursday, 30 June 2011
Berancang hendak menjual buku Scholastic
Hmmmm...rasa nak jual plak buku Scholastic ni.Kalau jual,dapat untung banyak woooo...Beli kat sekolah dengan diskaun yang banyak jadi RM 12.00.Harga asal kat kedai RM 30.00 lebih.Kalau jual dengan harga RM 16 (harga asal+RM 4)mesti orang ingat "Waaah ! Murahnya ! Mesti orang yang jual buku ni rugi banyak!"Tapi,kalau tolak usaha dan pos-pos masa balut buku semua,rugi gak.Haihh,entah lah.Pastu dok pikiaq gak,kalau jual pun macam ada orang nak beli,betul tak ? Blog pun bukan kemain punya susah nak dapat 1 follower,ini kan nak buat blog yang jual buku ! Aiya,aiya !!
Wednesday, 16 March 2011
Nanti bulan May Umi dan Abang yang suka bikin masalah akan pergi ke Makkah untuk menunaikan umrah.Alhamdullillah,boleh la gak bagi alasan untuk tidak pergi ATC.=D...Hmmmm.....Tapi rasa sedih la pulak sebab berpisah dengan Umi.Tambah pula Umi sedang menghidap penyakit serius yang sampai sekarang satu manusia pun belum sembuh iaitu Rheumatoid Arthritis.Doktor dan para sainstis plak masih menjalankan kajian untuk mencari sebab mengapa penyakit ini terjadi.Risau pula dengan keadaan Umi nanti.Harap Umi sembuh setelah berdoa di tempat suci.Dan,jikalau dimakbulkan Umi akan sembuh.Itu harapan aku.Namun,Umi masih kuat membuat kerja-kerja rumah.Jikalau aku bertanya mengapa Umi masih membuat kerja-kerja rumah,Umi selalu berkata "Kalau Umi tak buat,sapa yang nak buat?".Aku sungguh kagum dengan kekuatan dan ketabahan Umi.Aku berharap aku juga menjadi kuat dan tabah seperti Umi yang amat tabah menghadapi dugaan daripada Yang Esa.
Semoga Umi sembuh dan sihat walafiat.
Semoga Umi sembuh dan sihat walafiat.
Subscribe to:
Comments (Atom)